Our website uses  cookies for statistical purposes.

  • 23 New Industrial Road, #04-08 Solstice Business Center, Singapore
  • clients(at)opencompanysingapore.com
  • +65 88364489
Our Articles

Pendaftaran Syarikat di Singapura

Pendaftaran Syarikat di Singapura

Jenis-Jenis Syarikat yang perlu didaftar di Singapura 

Singapura merupakan pasaran perniagaan yang menarik untuk para pelabur asing. Pendaftaran syarikat di Singapura dilakukan melalui Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA). Para pelabur boleh memilih untuk mendaftar jenis-jenis perniagaan di Singapura seperti berikut:

● –          pemilikan tunggal

● –          syarikat liabiliti terhad awam dan persendirian 

● –          permilikan terhad melalui saham

● –          pemilikan terhad dan awam

● –          syarikat asing boleh memilih untuk mendaftar       pejabat cawangan, pejabat perwakilan dan anak syarikat  di Singapura. 

Langkah-langkah pendaftaran syarikat di Singapura 

Proses pendaftaran syarikat di Singapura amat mudah kerana dilakukan secara elektronik melalui pelantar atas talian di ACRA. Langkah pertama adalah memilih nama syarikat dan diserah untuk mendapatkan kelulusan. Setelah nama tersebut mendapat kelulusan, fail pendaftaran boleh dihantar kepada Pendaftar Syarikat di Singapura. Keseluruhan proses mengambil masa tidak melebihi dua hari. Apabila Sijil Pemerbadanan disalurkan, syarikat tersebut dimestikan untuk  membuka buku akaun bersama Bank Singapura, mendapatkan permit dan lesen tertentu sekiranya perlu dan mendaftar untuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan pihak berwajib. 

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran syarikat di Singapura 

Seperti di negara lain terdapat syarat minimum  apabila mendaftar perniagaan di Singapura. Pelabur asing perlu diingat bahawa menurut Akta Syarikat di Singapura syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah pemastautin,seorang setiausaha dan syarikat persendirian terhad dibenarkan mempunyai satu hingga 50 orang pemegang saham. Syarikat juga mesti mempunyai pejabat berdaftar di Singapura. Pelabur asing mesti memohon perkhidmatan daripada firma profesional apabila memperbadankan syarikat di Singapura.

Wakil-wakil  kami dalam pembentukan syarikat di Singapura boleh membantu anda mendirikan sebuah syarikat.

Maklumat dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Daftar Perdagangan Singapura adalah:

● –          nama syarikat

● –          maklumat berkaitan perniagaan yang akan diusahakan di Singapura 

● –          butiran terperinci mengenai pemegang saham, pengarah, dan setiausaha syarikat. 

● –          alamat berdaftar bagi syarikat Singapura 

● –          Artikel Persatuan syarikat

Anda boleh mempercayai para perunding kami dalam pemerbadanan syarikat di Singapura untuk merangka Artikel Persatuan syarikat baru anda. Anda juga boleh menghubungi kami untuk sebarang maklumat mengenai percukaian syarikat di Singapura.